Powered By Blogger

12 April 2010

Padangpan 11 April 2010

Aku memang malas nak update blog
Nak upload gambar pun malas.
Tapi sebab hard disk laptop aku makin sarat, aku pun upload gambar ni, kalau hard disk aku berkapasiti beratus-ratus gig, alamatnya tahun depan baru aku tergerak nak upload.

Trail Padangpan ni memang mencabar endurance diri. Kalau rider tak cukup nafas, memang patut surrender pada 1/3 permulaan trek. Tapi yang tak best tentang trek ini adalah kekurangan singletrack dan tidak cukup mencabar dari segi technical.. Kalau Ade, pejam mata pun boleh gohead.


Ade mengetuai ride kali ini



Pada permulaan trail memang le mudah, tak keluar peluh pun. Bermula dengan jalan yang berpasir yang beratus meter panjangnya. Sepertigaan rut ini diselang seli dengan cabaran menaik dan menurun, namun semuanya dapat dilepasi, stamina masih banyak..

Si Winson yang kali pertama ride di Padangpan.


Teruskan Winson, dekat nak sampai dah


Kemudian dirt road menunggu para rider. Permukaan berbatu kasar yang diselang seli dengan descent dan ascent benar benar mencabar keupayaan betis dan jantung.

Ade mengecek pressure tayar. Keras dah tuuu..



Terdapat anak2 sungai kecil yang perlu diredah sepanjang 1/3 trail.


Aku sempat posing dengan basikal Ade.


We have to enter this singletrack before reaching the "climbing all the way trail". Singletrack ini tak lah panjang, lebih kurang 50m ride, kami terpaksa menolak sepeda kami kerana track yang agak steep dan licin.

Selepas menolak sepeda lebih kurang 10 minit, kami kembali meredah dirt road yang hampir keseluruhan medannya berkontur menaik.
Winson dan Ade tolak basikal atas jambatan yang macam nak runtuh. Safety first bro.


Teruskan raja bukit


Laju pakcik, laju laju pakcik


The most crucial skill in mountain biking, tolak basikal


Sampai di puncak, kami sempat mengambil gambar kenangan, berehat sekejap dan terus menerus perjalanan downhill sepanjang lebih kurang 2km hingga ke titik start.



0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP